Rabu, Ogos 20, 2008
Adakah Ia Sudah Penuh?
Seorang profesor berdiri di hadapan sebuah kelas falsafah dengan sedikit perkakas bersama-sama dengannya। Apabila kelasnya bermula, profesor tersebut mengeluarkan sebuah balang kaca lalu meletakkan balang kaca tersebut di atas sebuah meja di hadapannya
Kemudian, beliau mengeluarkan sekotak bola ping pong dan mula mengisi balang kaca tersebut sehingga penuh। Profesor itu pun berkata, “Adakah balang kaca ini penuh?” Semua pelajarnya pun menjawab, “Ya”.
Profesor tersebut pun tunduk ke bawah lalu mengeluarkan sebungkus guli. Beliau menaburkan guli-guli tersebut ke dalam balang kaca itu lalu menggoncang-goncang balang tersebut supaya guli-guli tersebut memenuhi ruang kosong pada balang kaca itu.
Sekali lagi beliau bertanya kepada pelajar-pelajarnya, “sudahkah balang ini penuh?” Pelajar-pelajarnya berfikir sejenak lalu menjawab, “Ya, ianya penuh।”
Profesor itu pun membuka begnya lalu menarik keluar sebungkus pasir। Dengan mahirnya, beliau memasukkan pasir tersebut untuk memenuhi ruang yang berlebihan di dalam balang kaca tersebut.
Ada beberapa pelajar yang sudah mula ketawa. “Sekarang, adakah balang ini sudah penuh?” tanya profesor itu. Memandangkan balang itu sudah betul-betul penuh, semua pelajarnya pun bersetuju bahawa balang kaca itu sudah penuh.
Profesor itu kemudiannya mencapai botol airnya yang terletak di sudut meja tersebut, buka penutupnya lalu menuangkan airnya ke dalam balang kaca itu sehingga ia penuh.
Selepas itu, profesor itu pun berkata,
“Balang kaca ini bagaikan hidup anda.
Bola ping pong itu diibaratkan sebagai perkara-perkara yang penting dalam hidup anda, misalnya keluarga, kesihatan dan anak anda। Jika anda kehilangan segala benda yang lain, hidup anda tetap penuh.
Guli-guli tersebut pula umpama perkara yang kedua penting seperti kerjaya, wang, rumah serta kereta anda manakala pasir pula seperti perkara-perkara kecil yang lain.
Jika anda penuhkan masa anda dengan pasir, maka anda tidak akan mempunyai ruang untuk bola ping pong dan guli।
Jaga baik-baik bola ping pong anda dan pastikan anda tahu apa yang penting dalam hidup anda. Jadi, tak kira sesibuk mana pun anda, anda perlu isikan masa anda dengan perkara-perkara yang penting dahulu seperti membuat senaman dan meluangkan masa dengan anak-anak anda. Yang lain-lain hanyalah pasir.”
Seluruh kelas terdiam buat seketika memikirkan ilmu yang baru dicurahkan oleh profesor mereka।
Tiba-tiba kesunyian itu dipecahkan oleh satu soalan daripada seorang murid.
“Bagaimana pula dengan air itu?”
“Oh, soalan yang baik. Tak kira sesibuk manapun anda, ingat, anda sentiasa mempunyai masa untuk meminum segelas air untuk mengekalkan kesihatan anda”
Tamat cerita।
Apakah yang anda pelajari daripada cerita ini? Apakah yang anda suka tentang cerita ini? Mari kita bincangkan bersama.
Rabu, Ogos 13, 2008
TIP BERHUTANG
Salam hormat semua,
Hutang? sesiapa pun mesti ada hutang tidak kira jutawan, hartawan, bangsawan, angkasawan dan sesiapa yang ingin hidup selesa. Hutang pada mulanya adalah suatu perkara yang baik tetapi jika tidak diuruskan dengan betul akan menjadi beban yang membunuh anda. Jadi nak berhutang pun mesti ada teknik dan caranya.
Ini sedikit tip berhutang dari saya:
Berhutang hanya untuk sesuatu yang nilainya akan menambah aset anda contohnya rumah, lot tanah dan pelajaran. Dengan itu anda bukan sahaja boleh menambah kekayaan anda malah berjimat cermat dengan berhutang.
Berhutang setakat yang anda mampu, mudah kata jangan berhutang sehingga melebihi 40% pendapatan anda (bayaran hutang bulanan).
Elakkan berhutang untuk sesuatu yang tidak menambah aset kekayaan anda contohnya TV, kereta mewah, set home teater dan sebagainya.
Kurangkan membeli secara kredit atau melalui kad kredit. Saya galakkan anda membeli secara tunai kerana faedah bagi kad kredit amat tinggi, setahu saya 18%, dan anda terpaksa membayar lebih dari apa yang anda belanjakan.
Utamakan hutang yang tinggi faedahnya terlebih dahulu daripada yang lain. Pendekkan cerita, anda bayar hutang yang tinggi faedahnya lebih banyak dari hutang yang kurang faedahnya. Dengan itu anda dapat mengurangkan kos faedah yang dikenakan.
Bayar lebih banyak dari apa yang sepatutnya. Contohnya, jika anda seharusnya membayar RM500 setiap bulan, maka anda bayar RM600-800 setiap bulan. Dengan itu anda dapat kurangkan kos faedah dan tempoh anda berhutang dengan bank.
Bayar 2 kali seminggu. Ya, bayar hutang anda 2x seminggu, kenapa? Walaupun nilainya sama tetapi bilangan bayaran anda setiap tahun anda berbeza. Jika anda membayar sekali maka bilangan setahun adalah 12 kali. Tapi jika anda membayar 2x setiap bulan maka bilangan tahunannya adalah 24 kali dan sekali gus dapat mengurangkan kos faedah yang perlu anda bayar setiap tahun.
Bayar hutang anda sekali gus. Ini merupakan tip yang agak sukar saya rasa. Apapun jika anda mampu membayar sesuatu yang anda ingin miliki sekali gus, maka lakukannya. Dengan itu anda dapat lari dari faedah yang mencekik darah anda.
Kurangkan keinginan. Ya, kurangkan keinginan anda secara tidak langsung akan mengurangkan kos anda berbelanja seterusnya akan mengurangkan hutang anda yang sedia ada.
Jangan berhutang (khususnya dengan along). Haha, ini merupakan tip yang amat mustahil untuk dilakukan. Apapun jika anda mampu lakukan, teruskan kerana ia akan menjamin kebahagiaan hidup anda.
Jadi inilah sedikit tip berhutang saya saya sering set dalam minda saya. Ada yang saya amalkan dan ada yang tidak, bergantung kepada keadaan. Apapun berhutang merupakan perkara yang terbaik saya rasa jika anda tahu mengurusnya dengan betul. Sesiapa pun takkan mampu nak beli rumah sebijik dengan tunai kan. Jadi berhutanglah, asalkan anda pandai menguruskannya dengan betul.
Isnin, Ogos 11, 2008
E-KURSUS PEMBANGUNAN USAHAWAN
SERTAI:
•Pendaftaran PERCUMA
•Link web PERCUMA
•e-Kursus disediakan PERCUMA
• Pendapatan berganda
•Modal rendah
Peluang ini hanya tertakluk kepada yang ingin mengubah nasib diri dan keluarga dan sanggup belajar. Kami ada caranya.InsyaAllah
Kejayaan bukan apa yang kita capai semalam, Tetapi apa yang kita akan dapat esok hari.Renung-renungkan…
e-KURSUS:
Segarnetwork.mesrablog.com
Ahad, Ogos 10, 2008
Segarkan Minda Anda Dengan C-PINTRASS

- •Mencergaskan minda anda.
- •Melegakan ketegangan minda.
- •Memulihkan kembali daya ingatan minda.
- •Menstabilkan daya fikiran anda.
- •Memberi ketenangan minda bila membuat sesuatu keputusan.
- •Menajamkan minda supaya membuat
- keputusan dengan tepat.
- •Memberi kepintaran kepada minda supaya anda bijak berfikir.
Anda masih naik minyak, pasal minyak ‘NAIK’??
Sabtu, Ogos 09, 2008
MENJANA PENDAPATAN HANYA DIRUMAH
| |
| SELAMAT DATANG |
INTERPOS HOMEBIZ PROGRAMME
SALAM SEJAHTERA
Terlebih dahulu izinkan saya memperkenalkan program ini terlebih dahulu. Program ini dinamakan INTERPOS HOMEBIZ PROGRAMME adalah kerana anda mempunyai peluang membina pendapatan sampingan yang lumayan melalui sumber internet dan melalui pesanan pos (mail order) yang boleh anda lakukan perniagaan ini hanya dari rumah anda sahaja.
Setelah saya melalui beberapa fasa berkenalan dengan perniagaan ini , kini saya telah mengolah satu pendekatan dan konsep yang lebih mudah untuk anda memulakan perniagaan ini. Memang untuk memulakan sesuatu itu adalah susah dan memerlukan keberanian dan komitmen yang tinggi. Bak kata pepatah :
LEBIH BAIK GAGAL KERANA MENCUBA DARIPADA GAGAL MENCUBA
Perniagaan melalui internet dan pos ini sudah mula berkembang di
APAKAH PERNIAGAAN HOME BIZ INI.
Ini bukan perniagaan MLM , perniagaan sumbang ikhlas , perniagaan
Bila lagi , anda perlu mulakan sekarang . Anda boleh mendapat bimbingan terus dari saya dan anda perlu berani dan yakin untuk memulakan perniagaan ini . Sistem sudah ada , produk telah disediakan , maklumat dan panduan telah diberi , peralatan telah dinyatakan , sekarang terpulang kepada anda untuk mengambil langkah pertama untuk sampai ke jutaan langkah seterusnya.
DOWNLOAD MAKLUMAT PERNIAGAAN
Anda boleh download dan savekan makluamat perniagaan kedalam PC anda dan anda boleh membaca untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut.










