Rabu, Ogos 13, 2008

TIP BERHUTANG

Tip berhutang
Salam hormat semua,
Hutang? sesiapa pun mesti ada hutang tidak kira jutawan, hartawan, bangsawan, angkasawan dan sesiapa yang ingin hidup selesa. Hutang pada mulanya adalah suatu perkara yang baik tetapi jika tidak diuruskan dengan betul akan menjadi beban yang membunuh anda. Jadi nak berhutang pun mesti ada teknik dan caranya.
Ini sedikit tip berhutang dari saya:
Berhutang hanya untuk sesuatu yang nilainya akan menambah aset anda contohnya rumah, lot tanah dan pelajaran. Dengan itu anda bukan sahaja boleh menambah kekayaan anda malah berjimat cermat dengan berhutang.
Berhutang setakat yang anda mampu, mudah kata jangan berhutang sehingga melebihi 40% pendapatan anda (bayaran hutang bulanan).
Elakkan berhutang untuk sesuatu yang tidak menambah aset kekayaan anda contohnya TV, kereta mewah, set home teater dan sebagainya.
Kurangkan membeli secara kredit atau melalui kad kredit. Saya galakkan anda membeli secara tunai kerana faedah bagi kad kredit amat tinggi, setahu saya 18%, dan anda terpaksa membayar lebih dari apa yang anda belanjakan.
Utamakan hutang yang tinggi faedahnya terlebih dahulu daripada yang lain. Pendekkan cerita, anda bayar hutang yang tinggi faedahnya lebih banyak dari hutang yang kurang faedahnya. Dengan itu anda dapat mengurangkan kos faedah yang dikenakan.
Bayar lebih banyak dari apa yang sepatutnya. Contohnya, jika anda seharusnya membayar RM500 setiap bulan, maka anda bayar RM600-800 setiap bulan. Dengan itu anda dapat kurangkan kos faedah dan tempoh anda berhutang dengan bank.
Bayar 2 kali seminggu. Ya, bayar hutang anda 2x seminggu, kenapa? Walaupun nilainya sama tetapi bilangan bayaran anda setiap tahun anda berbeza. Jika anda membayar sekali maka bilangan setahun adalah 12 kali. Tapi jika anda membayar 2x setiap bulan maka bilangan tahunannya adalah 24 kali dan sekali gus dapat mengurangkan kos faedah yang perlu anda bayar setiap tahun.
Bayar hutang anda sekali gus. Ini merupakan tip yang agak sukar saya rasa. Apapun jika anda mampu membayar sesuatu yang anda ingin miliki sekali gus, maka lakukannya. Dengan itu anda dapat lari dari faedah yang mencekik darah anda.
Kurangkan keinginan. Ya, kurangkan keinginan anda secara tidak langsung akan mengurangkan kos anda berbelanja seterusnya akan mengurangkan hutang anda yang sedia ada.
Jangan berhutang (khususnya dengan along). Haha, ini merupakan tip yang amat mustahil untuk dilakukan. Apapun jika anda mampu lakukan, teruskan kerana ia akan menjamin kebahagiaan hidup anda.
Jadi inilah sedikit tip berhutang saya saya sering set dalam minda saya. Ada yang saya amalkan dan ada yang tidak, bergantung kepada keadaan. Apapun berhutang merupakan perkara yang terbaik saya rasa jika anda tahu mengurusnya dengan betul. Sesiapa pun takkan mampu nak beli rumah sebijik dengan tunai kan. Jadi berhutanglah, asalkan anda pandai menguruskannya dengan betul.

Tiada ulasan: